• Syaziyah Md Sharif

Ryzal Ibrahim Bercadang Mahu Saman Netizen Yang 'Biadab'

Personaliti internet itu berang dengan komen netizen mengenai anaknya yang baru sahaja lahir

Ryzal Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Durian Kimchi merupakan seorang personaliti media sosial yang tidak asing lagi dalam media sosial tempatan.


Baru-baru ini, Ryzal dan Maryam dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Rina.


Apa yang membuatkan Ryzal 'bengang' adalah apabila seorang pengguna Instagram meminta Ryzal menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap anak perempuannya itu kerana netizen tersebut mendakwa, wajah bayi berusia tiga bulan itu tidak sama seperti personaliti tersebut.


Dalam Insta Storynya, Ryzal memuat naik tangkap layar individu tersebut beserta komen biadabnya.


Tambahnya lagi, dia merasakan mungkin kurang berkesan dari segi kesedaran jika dilaporkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Justeru, Ryzal bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang atas komen biadab itu kerana ia telah menyinggung perasaannya sebagai seorang suami dan bapa.




Sumber: Kosmo!

16 views0 comments