• Syaziyah Md Sharif

Russia Bakal Menjadi Negara Pertama Melakukan Penggambaran Filem Di Angkasa

Mereka dijadualkan untuk berlepas pada 5 Oktober ini

Kredit Foto: Business Insider

Agensi angkasa Rusia, Roscosmos, merancang untuk melancarkan kru filem seramai dua orang ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan menaiki roket Soyuz minggu depan.


Pelakon Yulia Peresild dan pengarah Klim Shipenko akan menaiki kapal angkasa dengan angkasawan Anton Shkaplerov, berangkat dari Kazakhstan pada pukul 4:55 pagi ET pada hari Selasa depan.


Ini merupakan penerbangan angkasa Shkaplerov yang keempat sepanjang dia mengemudi kapal angkasa. Di stesen angkasa, Peresild dan Shipenko dijadualkan menghabiskan 10 hari penggambaran dengan bantuan kosmonot.


Filem yang diberi judul "Challenge" ini, Peresild memainkan watak seorang doktor yang pergi ke ISS untuk menyelamatkan seorang kosmonot, menurut The New York Times.


"Saya tidak takut," kata Peresild dalam sidang akhbar baru-baru ini, menurut Times. Malah, dia juga menambah, "ketakutan itu normal."


Sebagai sebahagian daripada latihannya, Peresild melakukan penerbangan pesawat parabola, yang terbang busur ke atas dan ke bawah untuk mensimulasikan mikrograviti ISS selama kira-kira 30 saat pada satu masa.



Sumber: Business Insider Africa




9 views0 comments