• Jonathan Shiek

Rupa-rupanya Fenomena ‘Full Moon’ Berjaya Menyumbang Kepada Pembebasan Kapal ‘Ever

Alangkah hebat ciptaan tuhan. Salah satunya telah membantu proses membebaskan kapal bersaiz 400 meter yang tersadai di terusan Suez baru-baru ini.

#ImageOfTheDay The traffic jam caused by the #EverGiven intensifies: yesterday 321 ships were waiting to transit through the #Suez Canal ⬇️Multi-temporal @CopernicusEU #Sentinel1 🇪🇺🛰️image showing in🟦140🚢anchored in the Suez Gulf on 27 March (on 21 March 🚢🟥 there were <50) pic.twitter.com/8qsSBG3nw6 — 🇪🇺 DG DEFIS #StrongerTogether (@defis_eu) March 28, 2021

Dipercayai kerana ditiup angin, kapal kargo sebesar 1,300 kaki itu telah membuatkan trafik di terusan berkenaan tersekat selama hampir seminggu. Menurut Space.com, kejadian itu bukan sahaja menarik perhatian seluruh dunia, malah angkasawan di angkasa.

Seorang angkasawan Rusia, Sergey Kud-Sverchkov yang tinggal di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) telah mengambil gambar kapal tersebut dari stesen berkenaan.

One of the most discussed news is the incident in the #SuezCanal. One of the world's largest container ships #EverGiven has blocked one of the world's busiest shipping lanes. Specialists are making every effort to restore shipping. You can see it now from the @SpaceStation: pic.twitter.com/PCKlFO5Ya1 — Sergey Kud-Sverchkov (@KudSverchkov) March 27, 2021

Pelbagai usaha dilakukan untuk membebaskan kapal tersebut termasuk dengan mengorek tebing bagi melepaskan busur kapal yang tersangkut. Namun, usaha itu tidak juga berjaya sehinggalah berlakunya fenomena air pasang semasa bulan penuh pada 28 Mac baru-baru ini.

Fenomena itu dipercayai telah menyumbang kepada pembebasan kapal Ever Given berkenaan pada 29 Mac, semalam.

Memetik New York Times, tahap air di terusan Suez meningkat sekitar 18 inci lebih tinggi daripada biasa, lapor Space.com.

Menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA), tarikan graviti bulan ketika ia memasuki fasa baru atau bulan penuh menyebabkan fenomena air pasang surut berlaku dengan lebih dramatik. Malah, fenomena bulan perigee yang dijangka berlaku pada 30 Mac ini (bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi pada orbitnya) juga dijangka akan menyumbang kepada ombak yang ekstrem.

“Kita dibantu dengan gelombang pasang surut yang kuat pada petang ini,” kata Peter Berdowski, CEO Boskalis, firma yang ditugaskan membebaskan kapal karga Ever Given.

“Kesannya, anda mempunyai kuasa alam yang menolak kuat bersama anda, dan tolakan mereka lebih kuat daripada apa yang dua kapal tunda boleh tarik,” katanya.

Sumber: Space.com


1 view0 comments