• Syaziyah Md Sharif

Rumah 'The Conjuring' Kini Dijual Dengan Harga RM 5 Juta!

Ada yang nak beli ke?

Kredit Foto: Rhode Island Monthly

Siapa sahaja yang pernah menonton filem seram The Conjuring mesti 'dihatui' sehingga sekarang kan? Filem seram yang dilancarkan pada 2013 itu mempunyai latar belakang lokasi yang sangat ikonik.


Baru-baru ini, rumah ladang itu diumukan bakal dijual pada harga AS$1.2 juta (RM5.03 juta).


Agensi hartanah Mott & Chace Sotheby's International Realty mengiklankan penjualan rumah 14 bilik yang berkeluasan 290 meter persegi di Burrillville itu pada 23 September lalu dengan jolokan rumah berhantu paling terkenal di AS.


Agensi itu turut berkongsi legenda rumah terbabit yang didakwa dihantui kewujudan Bathsheba Sherman, penghuni terawal kediaman di tapak berkeluasan 3.5 hektar itu pada 1800-an.


"Sehingga kini banyak kejadian dilapor berlaku. Kisah mengerikan, insiden dan kenangan pelawat hartanah ini yang pernah dilapor media termasuk dalam buku, filem dan program televisyen," kata agensi itu dalam satu kenyataan.


Pemilik semasa rumah itu, Cory dan Jen Heinzen dalam video yang dimuat naik di Facebook berkata, pelaburan mereka terhadap kediaman berkenaan menghasilkan cabang perniagaan stabil apabila ia disewakan untuk peminat aktiviti paranormal bermalam sehari atau penganjuran acara dan lawatan.


Pasangan itu berkata, mereka meletakkan syarat kepada pemilik baharu untuk meneruskan aktiviti pelancongan dilakukan sebelum ini kerana sudah mengambil tempahan penginapan sehingga tahun hadapan, dan lawatan sehingga sambutan Halloween tahun ini.


Mereka juga tidak berhasrat menjual rumah itu kepada golongan yang mahu mengkormersialkannya melebihi apa yang dilakukan sekarang.




Sumber: Harian Metro

8 views0 comments