• Syaziyah Md Sharif

Rumah Paling Sempit Kini Dijual Dengan Harga RM 5 Juta!

Rumah yang dikenali sebagai 'Spite House' itu terletak di Massachusetts, AS

Kredit Foto: Today

Terdapat sebuah rumah ikonik di Massachusetts, Amerika Syarikat yang menjadi tarikan pelancong kerana reka bentuknya yang sempit! Ia kini dijual dengan harga AS$ 1.2 Juta (RM 5.02 Juta).


Rumah berkeluasan 108.23 meter persegi dengan ketinggian empat tingkat itu dibina pada 1862 dan ia mempunyai pemandangan menghadap bandar dan air di North End, sebuah penempatan terbesar penduduk berketurunan Itali.


Pelancong berpeluang melintasi rumah itu yang terletak di laluan Freedom Trail Boston sejauh 2.5 kilometer yang memiliki puluhan kawasan bersejarah termasuk Copp's Hill Burying Ground.


Menurut catatan agensi hartanah menguruskan penjualan rumah itu, CL Properties, rumah yang mempunyai dua katil dan satu bilik mandi terletak di 44 Hull Street itu mendapat permintaan luar biasa sebaik kediaman itu disenaraikan di pasaran bulan lalu serta mendapat persetujuan pembelian kurang dari seminggu.


Naib Presiden Eksekutif CL Properties, Travis Sachs berkata, legenda menyatakan banyak tanah di kawasan rumah itu dimiliki sebuah keluarga pada awal 1800-an.


Katanya, seorang lelaki memiliki satu bahagian kawasan itu pergi berperang dan apabila kembali mendapati saudara kandungnya membina sebuah rumah sebelum dia memutuskan membina rumah sempit itu di depan rumah adik-beradiknya itu.



Sumber: Today

0 views0 comments