• Jonathan Shiek

Ronny Chieng Mempromosikan Sukan Sepak Takraw di Mata Dunia, Di Segmen The Daily Show

Ronny Chieng adalah seorang pelawak dan pelakon kelahiran Malaysia.

Dalam segmen terbaru untuk The Daily Show with Trevor Noah, Chieng, yang merupakan wartawan dalam rancangan itu, memperkenalkan para konservatif Amerika kepada sukan sepak takraw. 

Untuk memberi sedikit konteks, pihak konservatif Amerika sedang marah kerana sukan tradisional mereka seperti bola keranjang dan bola keranjang telah digelar terlalu “woke”, kerana sebilangan pemain yang terlibat dalam sukan ini menentang keras sikap perkauman dan seksis.




Tapi! Mereka sekarang mempunyai alternatif yang akan menjauhkan sukan dari politik, menurut Ronny Chieng.

Dalam segmen The Daily Show, Ronny mengujar,

“Permainan bola tampar Asia Tenggara dimain dengan kaki anda,” kata pelawak itu.


Imej dari Tutorialspoint

Dia terus mengejek mereka untuk pemikiran konservatif itu, dengan mengatakan sepak takraw “adalah sukan yang sempurna untuk Republikan yang kecewa”.




Dia menyenaraikan negara-negara – seperti Malaysia, Thailand, dan Laos – di mana permainan ini dimainkan secara popular, sementara menamakan Gabenor Georgia, Brian Kemp, yang baru-baru ini meluluskan undang-undang yang membenarkan penindasan pemilih.

Menurut pelawak itu, pemain sepak takraw tidak memberikan keterangan mengenai isu politik seperti kerana mereka hanya pedulikan “menendang bola melepasi net”.

Di segmen tersebut, seorang pemain sepak takraw ditunjukkan menendang bola takraw melepasi net dengan sepakan akrobatik, yang, ujar Chieng, “lebih mengagumkan daripada segala yang dapat dilakukan oleh Tom Brady”, merujuk kepada quarterback bola sepak Amerika yang bermain di NFL (National Football League).

Chieng juga bermula bertutur dalam Bahasa Malaysia, dan berkata “Satu tayangan game takraw ini akan membuat kau berkata ‘mengundi itu hak asasi manusia!'” 



Pelawak itu melayari Twitternya untuk berkongsi klip dari segmen tersebut.




Dalam tweetnya, dia mengatakan bahawa dia gembira dapat mempromosikan sepak takraw ke dunia dan sama hebatnya dia dapat melakukannya semasa berlatih bertutur dalam Bahasa Melayu (siap tag @drjasonleong) haha!

Gembira kerana dapat promosikan sukan Sepak Takraw di mata dunia! Best jugak boleh berlatih cakap Bahasa Malaysia sikit. Terima kasih @drjasonleong . https://t.co/oSpVrIgjyG — Ronny Chieng (@ronnychieng) April 13, 2021


Tonton segmen itu di sini:




0 views0 comments