• shafika9

Roller Coaster Paling Terlaju Di Dunia Ditutup

Roller coaster di Taman Hiburan Fuji-Q terpaksa ditutup sebab beberapa perkara

Kredit foto: Insider


Sebuah roller coaster paling laju di dunia di kaki bukit Gunung Fuji, Wilayah Yamanashi kini ditutup sehingga pemberitahuan yang selanjutnya selepas para penumpangnya dilaporkan mengalami kecederaan serius. Terdapat empat penumpang mengalami kecederaan patah tulang ketika menaiki roller coaster itu pada Disember 2020 hingga Ogos 2021 manakal yang lain mengalami kecederaan di leher, dada dan keretakan tulang.


Disebabkan hal ini, pihak pengurusan taman hiburan Fuji-Q yang mengendalikan roller coaster tersebut menyatakan penutupan tersebut dilakukan ekoran kerja-kerja keselamatan. Pada 2017, permainan itu diubah suai bagi menjadikannya lebih laju iaitu dari 170 km/j hingga 180.24 km/j namun tiada laporan kecederaan serius diterima, setakat Disember lalu.

Syarikat pembinaan permainan roller coaster itu, Sansei Technologies yang berpangkalan di Osaka telah memohon maaf kepada pengunjung yang cedera kerana tidak mengetahui punca sebenar kecederaan itu berlaku.


Sumber artikel asal dari Sinar Harian


0 views0 comments