• Jonathan Shiek

Robot ‘Delta’ Menjadi Pembantu Penduduk Kampung Yang Sedang Menjalani Kuarantin COVID-19

Sebuah robot yang dicipta oleh penduduk kampung dengan bantuan saintis yang asalnya bertujuan untuk keseronokan dan kini ia sangat berguna semasa pandemik Covid-19.

Kisah yang berlaku di kejiranan Tembok Gede, Surabaya itu menyaksikan robot itu memainkan peranan seperti manusia dengan membawa makanan sambil tersenyum serta membantu penduduk yang sedang menjalani kuarantin kendiri.




Robot itu dihasilkan daripada periuk, kuali dan monitor televisyen dan ia dinamakan sebagai ‘Robot Delta’ kerana varian baharu itu sedang menular dengan dahsyat di negara itu.

Ketua Kampung, Aseyanto, 53, berkata, dia memutuskan robot itu digunakan untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat seperti membuat semburan pembasmi kuman, menghantar makanan serta memenuhi keperluan penduduk yang sedang berkuarantin.

Katanya, robot itu dibuat daripada periuk nasi dan dikawal oleh alat kawalan jauh dengan bateri yang boleh bertahan selama 12 jam.

Jelasnya, robot itu antara salah satu daripada robot yang dihasilkan di kampung itu yang pernah memenangi anugerah kerana teknologi penggunaan kreatif.

Selepas tiba di depan rumah penduduk yang dituju, robot itu akan mengucapkan ‘Assalamualaikum’ menerusi pembesar suara diikuti dengan ‘Penghantaran sudah tiba, moga cepat sembuh’.

Sumber: Utusan Malaysia

0 views0 comments