• Jonathan Shiek

Robert Kuok Masih Kekal Sebagai Individu Terkaya Di Malaysia

Baru-baru ini, menerusi keluaran Forbes, hartawan dalam Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2021 dimana kekayaan kolektif bagi 50 individu meningkat sebanyak $90 bilion (RM381 bilion) pada tahun ini.

Tan Sri Robert Kuok yang menerajui empayar hartanah dan komoditi kekal sebagai Individu Terkaya Malaysia dengan kekayaan sebanyak $12.2 bilion (RM50.3 bilion). Malah beliau merupakan individu tertua yang berada dalam senarai dengan usia 97 tahun. 

Manakala, Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong berada di tempat kedua dengan kekayaan sebanyak $9.6 bilion (RM39.58 bilion). Selain dari itu, di tempat ketiga dipegang oleh Koon Poh Keong & Siblings, Ananda Krishnan di tangga keempat dan Teh Hong Piow di tempat kelima. 

Sumber artikel asal dari VOCKET 

0 views0 comments