• Jonathan Shiek

Rizalman ‘Lockdown’ Syarikat Demi Menjaga Keselamatan Pekerja

Disebabkan penularan kes jangkitan Covid-19 yang semakin membimbangkan, pereka fesyen tersohor tanah air, Datuk Rizalman bertindak melakukan penutupan dan penyekatan penuh syarikat miliknya, RIC Sdn. Bhd.

‘Lockdown’ melibatkan semua pekerja dan operasi penjualan dilakukan selama 2 minggu bermula malam tadi.

Rizalman atau nama sebenarnya, Rizalman Ibrahim, 50, memaklumkan pendekatan yang wajar dijadikan contoh ramai usahawan tempatan itu melalui satu kenyataan rasmi yang dimuat naik dalam Instagramnya.


View this post on Instagram

A post shared by rizalman71 (@rizalman71)


“Kami telah bersepakat melakukan penutupan dan penyekatan sementara penuh untuk semua pekerja dan penjualan di bawah RIC Group Sdn. Bhd. walaupun pihak kami telah berdaftar dan mempunyai pengiktirafan sijil Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Penutupan dan penyekatan ini akan mengambil masa sehingga dua minggu atau sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak,” katanya.

Pihaknya juga memaklumkan penjualan atas talian produk di bawah Rinetwork iaitu T’Neeq dan T’Neeq Junior akan diberhentikan sementara pada pukul 12 tengah malam tadi sehingga tempoh yang akan diberitahu kemudian.

“Penutupan dan penyekatan jualan ini adalah bertujuan mengambil kira keselamatan pekerja kami dan membantu mengurangkan penularan jangkitan wabak Covid-19,” ujar kenyataan tersebut.

Usaha murni dan langkah bijak yang dilakukan Rizalman itu mendapat pujian daripada netizen. Rata-rata daripada mereka memuji tindakan pantas Datuk Rizalman dalam kepekaannya membantu mengurangkan penularan dalam sektor ekonomi.

1 view0 comments