• Syaziyah Md Sharif

Risau Tak Dapat Balik Kampung, Pelajar Ambil 'Mood' Raya Berbaju Melayu Pergi Kelas

"Awal tak kalut"


Disebabkan sudah dua tahun kita menyambut hari raya Aidil Fitri di rumah kerana pandemik dan sekatan perjalanan dalam negeri, ramai yang berharap tahun ini kita akhirnya dapat pulang ke kampung halaman.


Bagaimanapun, lain pula cerita sekumpulan pelajar ini yang membuat sebuah perkara luar dari kebiasaan dan telah mencuit hati netizen;

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @/juliansheesh tersebut memaparkan beberapa orang pelajar memakai persalinan tradisional baju melayu serta lengkap berkain samping untuk pergi ke kelas.


Apa yang menarik perhatian ialah kapsyen video tersebut memberitahu mereka semua itu memakai baju raya kerana risau raya tahun ini mereka masih perlu duduk di rumah.


Video tersebut nyata mendapat perhatian ramai dan rata-rata berasa terhibur melihat mereka yang segak ibarat 'lelaki Melayu terakhir'.


Malah, netizen yang menonton video berkenaan telah meninggalkan komen dengan pelbagai reaksi, ada diantara mereka seronok melihat circle pergaulan yang sama perangai dan ‘gila-gila’.



Sumber: TikTok

9 views0 comments