• Syaziyah Md Sharif

'Rider' FoodPanda Bawa Anak Semasa Bekerja Sentuh Hati Netizen

Semoga akak ini sentiasa murah rezeki

Pelbagai cara dilakukan oleh seseorang itu bagi mencari rezeki yang halal dan mungkin atas sebab tertentu hidup perlu diteruskan tanpa bantuan sesiapa di sisi.


Baru-baru ini, video TikTok daripada seorang pengguna Zanethnasha (@/mamayayahumarsoleh), menjadi tular di seluruh media sosial kerana membuatkan netizen semua menitiskan air mata.


Pengguna TikTok itu telah merakam video seorang penunggang foodpanda wanita di sebuah stesen minyak di Kuala Lumpur dan penunggang wanita itu kelihatan membawa bayi bersamanya di bahagian hadapan, dengan beg hantaran disandarkan di belakang motosikalnya.

Apabila melihat situasi tersebut, Zanethnasha terharu dan cuba menahan sebak, malah dia juga mendesak suaminya turun dari kereta dan membantu wanita itu. Walaupun begitu, wanita tersebut berat hati dan menolak bantuan yang diberikan.


Zanethnasha bukan sahaja bersimpati dengan wanita itu, tetapi dia juga dengan empati menyatakan dalam videonya, “Saya sebak. Anak-anak saya duduk dengan selesa di dalam kereta berhawa dingin, manakala (dia) dan anaknya berada di bawah terik matahari cuba mencari rezeki.”


Semoga urusan akak itu sentiasa dimudahkan

11 views0 comments