• Jonathan Shiek

Reza Rahadian Memilih Untuk Menganut Agama Islam, Walaupun Dibesarkan Sebagai Seorang Kristian

Pelakon kacak, Reza Rahadian yang terkenal dengan filem-filem seperti My Stupid Boss, Laila Majnun dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, menjadi perhatian kerana mendedahkan bahawa dia telah memilih untuk bertukar agama.

Reza sebelum ini merupakan penganut agama Kristian, dan sekarang, dia telah memutuskan untuk memeluk Islam.

Seperti yang diketahui umum, Reza jarang bercakap tentang agamanya, tetapi baru-baru ini dia menyatakan keputusannya untuk memeluk Islam dan berita ini telah menjadi tumpuan orang ramai terutamanya kepada peminatnya.

Menerusi saluran Youtube Daniel Mananta, dia menceritakan perjalanan kerjayanya serta kejayaannya dan juga membincangkan perjalanannya untuk menjadi seorang mualaf.


Ketika ditanya mengenai alasannya memeluk Islam, Reza ternyata tidak ada alasan khusus yang mendorongnya untuk mengubah kepercayaannya, sama ada pekerjaan, keluarga, pasangan, atau paksaan dari mereka yang terdekat dengannya.

“Itu adalah komunikasi saya dengan Orang Atas dan komunikasi saya dengan ibu saya. Tetapi setelah saya percaya pada kepercayaan saya, kenapa saya dipanggil ke sana dan saya percaya, saya bersyukur itu bukan kerana alasan apa pun,” kata Reza.

#RezaRahadian

0 views0 comments