• Jonathan Shiek

Restoran Untuk Semut Bikin Netizen Garu Kepala

Mesti korang tak pernah terfikir dari akal untuk membuat restoran buat semut bukan? ya, memang pelik tapi itulah hakikatnya seorang pengguna TikTok ini telah menarik perhatian netizen apabila memuat naik rakaman video sebuah restoran semut yang hanya dibina di atas kadbod saja.

Menerusi dari akaun @antrestaurant, rakaman video yang memaparkan sekeping kadbod yang diletak di atas tanah tertera dengan tulisan ‘Restoran Semut’ dan lapan jenis makanan yang biasa dikerumuni serangga itu. Antara makanan yang diletakkan pada kadbod tersebut ialah keju, Nutella , sirap, madu, dan agar-agar manis.

@antrestaurants🐜🐜 ##fyp ##viral ##antrestaurant ##ants ##cheese

♬ A-O-K – Tai Verdes


Kalau dilihat menerusi videonya, keju antara paling popular di restoran semut kerana ia paling banyak dikerumuni ‘pelanggan’ (semut). Manakala, “makanan manis seperti madu dan Nutella seperti tidak mendapat sambutan hangat,” yang tertulis di dalam video tersebut.

Idea kreatif pemilik akaun TikTok itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-ratanya netizen mudah terhibur melihat konten seperti ini dan menyukainya.


0 views0 comments