• shafika9

Restoran Dubai ‘Viral’ Kerana Memperkenalkan Menu Bersalut Emas

Updated: Sep 17, 2021

Siapa saja tak nak mencuba burger disalut dengan emas kan ?

Kredit foto: Utusan Malaysia


Terdapat sebuah restoran di Dubai yang kini sedang tular dalam internet selepas memperkenalkan menu baharu bernama ‘22-carat Gold Vada Pav’ dalam Instagram rasminya. Hidangan itu dijual dengan harga 99 Dirham (RM112). Kalau diikutkan dengan harga yang ditawarkan oleh restoran untuk sebuah burger bersalut emas ini tidaklah begitu mahal seperti kebanyakkan kedai burger yang lain.


Bagi penyediaan hidangan ini, vada diisi dengan truffle mentega dan keju, sebelum dicelup dalam adunan yang kelihatan seperti cecair berwarna emas. Hidangan ini digoreng dalam kuali dengan minyak panas. Menu ini dihidangkan bersama keledek goreng dalam kotak kayu mewah dan minuman mint lemonade yang diisi dalam gelas tinggi. Ada sesiapa teringin nak mencuba burger bersalut emas ini ? bolehlah ke Dubai nanti kalau diberi peluang kesana.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

0 views0 comments