• Syaziyah Md Sharif

Restoran Di Pulau Pinang Menjadi Terkenal Kerana Snopp Dogg!

Updated: Oct 4, 2021

Tempat makan yang terletak di Pulau Pinang telah mendapat perhatian seluruh dunia setelah disebut oleh Snoop Dogg.

Rapper antarabangsa itu menyiarkan foto kafe itu, yang mempunyai susunan kerusi dan meja yang unik dan kreatif di laman Instagramnya awal minggu ini.

Tanpa apa-apa ‘caption’ di posting-nya itu, beliau hanya menyatakan ‘bila restoran itu kecil tetapi pemilknya kreatif!”


View this post on Instagram

A post shared by snoopdogg (@snoopdogg)


Kafe berkenaan yang dikenali sebagai Cafe Takdak Nama itu mempunyai susunan meja dan kerusi yang sedikit unik berbanding restoran dan kedai-kedai makan lain. Maka tidak hairanlah ia mendapat perhatian daripada Snoop Dogg.

Tambah menarik, pemilik kafe berkenaan Mamak Kwangsoo juga turut berkongsi kegembiraanya di laman instagramnya! Siapa tak seronok!


View this post on Instagram

A post shared by Radzi Md Noor (@mamakkwangsoo)

0 views0 comments