• Jonathan Shiek

Report Pothole Merbahaya Di Jalanraya Kat DBKL Dengan Satu Klik

Korang mesti selalu nampak jalan berlubang atau laluan pejalan kaki rosakkan? Tapi mesti rasa macam leceh nak report, tak tau macam mana, or ‘biarlah nanti adalah orang baiki tu’. 

Tapi sekarang ni banyak pula berita rider motosikal langgar lubang dan berakhir dengan kematian. Cuba bayangkan kalau family, kawan-kawan atau kita sendiri kena.

Sebelum lebih banyak perkara tak diingini berlaku, jom kita ambil tindakan. Tak susah pun, sejak DBKL lancarkan WhatsApp Aduan Potholes DBKL. Hanya satu klik, dah settle.

Step 1, scan QR code di atas atau click https://wa.link/jobdg3. Boleh juga save nombor 01162396652 ke telefon korang.

Step 2, berikan maklumat kerosakan seperti lokasi atau alamat. Jangan lupa sertakan gambar.

Dah, tu je! Senangkan? Pastikan kawasan yang korang report tu dalam jurisdiction DBKL. 

Hopefully lepas ni makin banyak majlis bandaran atau daerah ikut jejak langkah DBKL.

0 views0 comments