• shafika9

Rentas Negeri Dibenarkan Sekiranya 90 Peratus Kadar Vaksinasi Sudah Mencukupi

Mesti ramai dah tak sabar nak rentas negeri

Kredit foto: Sinar Harian


Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini telah bersetuju untuk membenarkan pembukaan beberapa buah sektor bermula hari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan, kedai runcit, pasar mini, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi berkuat kuasa esok dari pukul 6 hingga 12 tengah malam.


Kerajaan akan membenarkan pembukaan pusat-pusat pelancongan iaitu pulau-pulau atau kawasan pelancongan berserta aktiviti rentas negeri dibenarkan dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat Kementerian Kesihatan (KKM). Selain dari itu, kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah pada kapasiti 100 peratus dengan syarat majikan dan semua pekerja lengkap divaksin.


Beliau turut memaklumkan tiga buah negeri akan beralih fasa PPN pada Jumaat ini iaitu Negeri Sembilan daripada Fasa 3 kepada Fasa 4, Pahang (Fasa 2 kepada Fasa 3) dan Johor (Fasa 1 kepada Fasa 2). “Keputusan ini dilakukan berdasarkan penilian risiko semasa yang dibuat oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


22 views0 comments