• Jonathan Shiek

Remy Ishak Sah Akan Berkahwin Dengan Ezza Pada Sabtu Ini

Niat untuk mendirikan rumah tangga yang terpaksa ditangguhkan pada sekitar Aidilfitri, kini pelakon Remy Ishak, 39 tahun akan menamatkan zaman bujangnya pada Sabtu ini. Ia telah diumumkan dalam satu acara program televisyen di Astro Ria, apabila Mohammad Zalimei Ishak merupakan nama sebenarnya yang mengesahkan perkara tersebut.

“Kedua-dua belah pihak dan bersetuju dan kalau tiada apa-apa masalah, majlis akan berlangsung pada 21 Ogos (Sabtu) ini. Insya-Allah. Akan bernikah di masjid sekitar Kuala Lumpur dengan hanya dihadiri beberapa orang mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Menurut dari Remy, dia sebenarnya telah lama merancang untuk menikahi bekas tunangnya itu, Ezza Yusof pada Mei lalu. Tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula disambung kembali dan perancangan itu mula tertangguh sehingga sekarang. Apa-apa pun kami ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat pelakon Remy Ishak dan bakal isterinya Ezza Yusof yang berkahwin pada hari esok. 

Sumber artikel asal dari Kosmo!

2 views0 comments