• Jonathan Shiek

Remaja Terjumpa Lintah Dalam Burger McDonald

Dua remaja telah mendakwa bahawa mereka menemukan seekor lintah di dalam burger Mcdonald yang dibelinya daripada restoran Makanan segera itu di Stoke, Staffordshire. John Bakin dan teman wanitanya Aimeen Welch menemui lintah tersebut dalam burger terbaharu di restoran berkenaan.

“Ia amat menjijikkan untuk melihat lintah itu, Malah, saya tak akan datang lagi ke restoran itu,” kata Bakin. Apabila kami membuka burger tersebut, terdapat lintah yang berada di atas keju dan daun salad.

Welch kemudian mengembalikan semula burger tersebut kepada cawangan restoran itu pada waktu petang. Namun, mereka hanya diberikan pulangan sebanyak 5 pound bersamaan RM 29. Jurucakap restoran makanan segera berkenaan meminta maaf kepada pasangan remaja tersebut atas insiden yang berlaku.

Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

0 views0 comments