• Jonathan Shiek

Remaja Perempuan Terjumpa Keropok Berbentuk Pelik, Kini Mendapat Wang Sebanyak RM 62,401

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun tak menyangka telah menerima durian runtuh sebanyak AU$20,000 (RM 62,401) apabila menemui sekeping keropok yang mempunyai bentuk paling unik. Rylee telah menemukan sekeping keropok berbentuk gelembung segi tiga ketika sedang menikmati makanan ringan jenama Doritos.

Keropok Doritos banyak berbentuk segi tiga nipis. Remaja itu memuat naik gambar ke aplikasi Tik Tok dan ramai yang menyuruhnya untuk melelong kepingan keropok itu di dalam eBay. Tanpa disangka kepingan keropok itu mencecah sehingga AU$100,000 (RM 312,009), namun eBay menarik balik atas sebab tertentu.

Syarikat Doritos membuat keputusan untuk memberi penghargaan kepada Stuart atas sebab berani lakukan dan ketelusannya untuk melelong kepingan keropok berkenaan. Ketua Pegawai Pemasaran Doritos, Vandita Pandey berkata, syarikat tersebut gembira dengan kisah Stuart yang teruja menemukan kepingan keropok keluarannya yang berbentuk unik.

Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

0 views0 comments