• Jonathan Shiek

Remaja Perancis Yang Anti-Islam Lawat Masjid

Seorang remaja yang berasal dari perancis yang sebelum ini pernah mengkritik terhadap agama Islam, mahupun lakukan penindasan secara dalam talian. Kunjungan remaja itu disambut baik oleh seorang imam masjid utama di Paris itu, dimana ‘berharap akan meredakan keadaan untuk semua orang’.

Kunjungan itu dilakukan selepas sebuah mahkamah mensabitkan kesalahan ke atas 11 individu yang mengganggu gadis berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Mila. Dia juga terpaksa menukar sekolah dan menerima perlindungan polis selepas videonya mula tular. 

Sejak itu, wanita berkenaan kunjungi ke masjid berkenaan untuk memahami agama Islam dengan lebih mendalam. “Ini adalah pentanda kedamaian yang amat penting untuk saya,” kata Mila kepada wartawan selepas menerima sebuah Al-Quran dari imam masjid berkenaan.

“Masjid Paris ini terbuka untuk semua orang. Kami mahu menunjukkan kepadanya apa makna sebenar Islam”, kata imam masjid Paris itu. Sejak videonya yang tular disebabkan mengutuk agama Islam pada 2020, pelajar berkenaan menjadi figura perpecahan di Perancis. Tindakannya yang berani dan pengritik sengaja melakukan tindakan provokatif dan Islamofobia.

Sumber artikel asal dari Berita Harian

0 views0 comments