• Jonathan Shiek

Remaja Maut Selepas Cuba Untuk Menahan Lori Secara Mengejut

Semakin ramai orang suka melakukan perkara diluar jangkaan seperti menghasilkan konten terbaik hanya untuk dipaparkan kepada umum demi menaikkan pengikut di media sosial. Perkara yang sama, apabila seorang remaja didapati maut selepas cuba menahan lori secara mengejut hanya menghasilkan kandungan video tatapan buat pengikut saja.

Kalau difikirkan, ia tak perlu dilakukan ke tahap seperti itu sebenarnya. Kejadian ini berlaku di Tengerang Selatan, Indonesia dan menurut Ketua Polis Tangerang Selatan, Agus Sutisna berkata remaja yang berusia 14 tahun dan rakan-rakannya berjalan dari arah Benda, Pamulang menuju ke Universiti Pamulang.

Difahamkan lagi, remaja tersebut cuba memberhentikan lori dengan tujuan untuk menumpang kenderaan tersebut tanpa memikirkan risiko kehilangan nyawa. Malangnya, lori tersebut tak sempat menekan brek serta merta keadaan akan menjadi lebih bahaya.

Pemandu lori berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut. Menurut seorang saksi, kumpulan remaja sering berkumpul dan kerap melakukan perbuatan sengaja menahan lori yang lalu di laluan berkenaan pada setiap malam.

Apa pendapat korang dengan perbuatan para remaja ini? Berikan pendapat korang pada komen dibawah ini.

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments