• Jonathan Shiek

Remaja Gagal Untuk Seludup Dadah Sebanyak 210 Kilogram Ketum Dengan Menggunakan Feri

Seorang remaja lelaki yang berusia 19 tahun dalam cubaan menyeludup 210 kilogram daun ketum dengan menggunakan feri penumpang gagal dan berjaya ditahan di Jeti Kuah, Langkawi pada jam 2 petang kelmarin.

Suspek berkenaan ditahan bersama enam guni daun ketum yang diletakan di bahagian bagasi penumpang dalam feri. Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, feri penumpang itu tiba dari Kuala Kedah jam 10 pagi.

“Kami melakukan pemeriksaan terhadap feri sebelum menemui enam guni daun ketum segar, juga mendapati ujian air kencing suspek positif dadah jenis Methamphetamin,” katanya pada sidang media di IPD Langkawi.

Suspek yang berasal dari Kodiang, Kedah tak mempunyai rekod jenayah lampau. Tambahnya lagi,”daun ketum dirampas hampir bernilai RM 2,100 namun harga pasaran gelap boleh berlipat kali ganda. Suspek akan direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sumber artikel asal dari myMetro

0 views0 comments