• Jonathan Shiek

Remaja Dilahirkan Di Starbucks, Akhirnya Bertemu Dengan ‘Barista’ Yang Bantu Ibunya Bersalin

Melahirkan seorang bayi di tempat awam bukanlah perkara yang senang seperti kita fikirkan. Cabaran yang perlu dihadapi oleh orang biasa untuk membantu seorang wanita melahirkan bayi banyaklah rintangannya. Begitu jugalah yang berlaku pada bekas penyelia Starbucks yang membantu seorang wanita melahirkan anak di kafe syarikat berkenaan.

Bayanglah kini bayi berkenaan dah berusia 18 tahun, cepat saja bayi lelaki tersebut kini sudah mencapai usia remaja. Menurut dari portal The Record North Shore, Griffin Baron pada ketika itu bekerja di kafe Starbucks di Wilmette, Amerika Syarikat pada 2002 apabila dia terdengar seorang wanita menjerit di dalam tandas. 

Salah seorang pelanggan di kafe berkenaan menggesa Baron untuk menghubungi ambulans, kerana Lisabeth Rohlock ibu kepada remaja terbabit yang pada ketika itu sedang melahirkan bayi tersebut.

Kini 18 tahun kemudian, Baron dan Celner (remaja lelaki) bertemu sekali lagi di kafe Starbucks berkenaan. Bila melihat perkara seperti ini, terus ia menyentuh hati sangat.

Sumber artikel asal dari Astro Awani

0 views0 comments