• Jonathan Shiek

Rancangan Melodi Raya Buat Netizen Marah? Kenapa?

Menggunakan tema ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’ sempena Syawal, netizen mempersoalkan pendekatan program Melodi Raya yang tidak menghubungkan silaturrahim antara pengacaranya, Janna Nick dengan penerbit popular, Sheila Rusly.

Perkara tersebut mula menjadi perbualan netizen dalam Twitter. Pada masa sama, netizen juga tidak berpuas hati dengan soalan-soalan yang diajukan Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, ketika sesi curahan hati antara Izreen Azminda dan Intan Liana Saleh.

“Tak tahulah apa depa (pasukan Melodi) cakap sampai Intan itu setuju nak datang. Dekat YouTube semua tanya ‘awat tak jemput Sheila Rusly jumpa si Janna Nick tu’,” ciap seorang netizen dalam Twitter.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan soalan yang keluar dari bibir pelantun lagu Mungkin Saja itu.

Janna yang sebelum ini mengakui berdepan masalah mental, disifatkan tidak berhati perut dan tidak sensitif dengan situasi janggal Intan saat disatukan dengan wanita yang merampas suaminya tiga tahun lalu.

Antara soalan Janna yang mengundang amarah netizen, termasuklah ‘sudah jumpa pengganti atau belum?’

“Kami mahukan sis Sheila Rusly dan Janna Nick dalam #MelodiRaya,” getus seorang pengguna Twitter.

0 views0 comments