• Jonathan Shiek

Ramai Yang Persoalkan Ibu Neelofa ‘Trademark’ Daging Harimau Menangis ?

Viral di media sosial, ibu kepada pelakon terkenal Neelofa, Noor Kartini telahpun memohon cap dagangan (trademark) “Daging Harimau Menangis” miliknya.

Menjadi kontroversi apabila seorang warga Twitter menyatakan pengunaan nama ‘Daging Harimau Menangis’ itu sudah lama diguna pakai dan apabila ianya dipatenkan oleh MyIpo, ia akan menyebabkan penjual lain tidak dapat berniaga.

Nama daging harimau menangis ni dah berzaman orang guna, dapat kat mak niqabis ni terus dia trademark kan nama tu macam dia yg start nama tu. Business tak business, sekarang musim covid kot. Ramai small business owner cari makan buat daging ni. — Haqim (@azrulhaqim) January 12, 2021

Mendapat lebih 8K retweet, rata-rata pengguna Twitter bersetuju dengan kenyataan daripada @/azrulhaqim ini.

Ramai juga yang berkata nama makanan ini telah lama digunakan dan agak sinonim dengan mereka yang berada di kawasan Pantai Timur.

Ada juga yang telah merekod skrin kenyataan Noor Kartini yang menyatakan ianya sudahpun dipatenkan;

dh trademark lah. pic.twitter.com/jITuRU1DPH — sayangfura (@BafouraBakery) January 12, 2021

Bagaimanapun, sepanjang tempoh permohonan, sebagai orang awam anda boleh menyatakan bantahan untuk MyIPO ini.

Bantahan boleh dibuat melalui https://t.co/OEKlLwqJnp under category Trademark & Geographical Indications dan priority as High Ini contoh aduan, sertakan maklumat cap dagangan tersebut. Hapuskan kapitalis. pic.twitter.com/Rbl9OxYZUh — KEEM (@keemmazni) January 13, 2021

#dagingharimaumenangis #noorkartini

1 view0 comments