• Jonathan Shiek

Rakyat Risau Bekalan Ayam Putus, KPDNHEP Kata Rileks

PUTRAJAYA – Penutupan kilang memproses ayam di Kawasan Perindustrian Masjid Tanah, Melaka akibat penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja baru-baru ini, tidak menjejaskan bekalan ayam.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna berkaitan bekalan ayam di pasaran malah bekalan semasa ayam di pasaran adalah mencukupi.

Menurutnya, pihaknya akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan untuk memastikan keberadaan dan kestabilan bekalan, termasuk ayam.

“Kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mungkin menggunakan isu ini untuk menaikkan harga yang tidak munasabah,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Kilang pemprosesan ayam yang membekalkan ayam proses dan produk-produk berasaskan ayam di seluruh negara itu diarahkan tutup hingga 4 Jun susulan pengesanan 175 kes jangkitan COVID-19 di lokasi.

Mengulas lanjut, Azman berkata ayam-ayam yang diproses di kilang ini diedarkan melalui pasar raya besar, pasar raya, restoran dan premis runcit terpilih sahaja.

Teringat kat lagu ni:





0 views0 comments