• Jonathan Shiek

Rakyat Malaysia Tandatangan Petisyen Untuk Menghentikan Pembinaan Taman Tema Di Cameron Highland

Berita mengenai taman tema baru yang sedang dibina di lereng Cameron Highlands telah mendapat reaksi dari ribuan rakyat Malaysia, yang kini meminta agar projek tersebut dihentikan.

Ia akan dibina dan dikendalikan oleh syarikat reka bentuk taman Malaysia ESCAPE, tarikan baru ini akan merangkumi 60 ekar di seluruh kawasan tanah tinggi – menjadikannya taman tema terbesar di negara ini, mengalahkan dua lokasinya yang lain.

Walaupun konsepnya terdengar cukup menarik di atas kertas, ramai rakyat Malaysia masih tidak berpuas hati dengan pembinaan tersebut, ia kerana pembinaan itu akan mengadakan penebangan hutan yang banyak dankeadaan lalu lintas yang sangat teruk di sekitarnya terutama sekali semasa musim percutian.

Disebabkan itu, petisyen dalam talian di Change.org sudah mempunyai lebih dari 30,000 tandatangan dan sehingga kini ia masih menaik.

Petisyen ini memohon kepada Pemerintah Negeri Pahang (yang mengawasi Tanah Tinggi Cameron) untuk menyekat pembangunan taman tersebut, dan menyebut alasan penebangan hutan dan ekologi yang berkurang di wilayah ini sebagai alasan utama.

“Cameron Highlands adalah tempat yang unik dengan flora dan fauna semula jadi. Ia tidak seperti kawasan konstituen lain di Malaysia; ia bukan hanya rumah bagi beratus-ratus spesies bunga yang jarang terdapat di kawasan tropika, tetapi juga merupakan daerah yang berbeza dari segi ekosistem, ” menurut petisyen tersebut.

Selain itu, hashtag #SaveCameronHighlands juga dilihat semakin trending di semua laman sosial.

0 views0 comments