- shafika9
Rakyat Korea Utara Dilarang Bercakap Berkenaan Berat Badan Kim Jong Un
Updated: Sep 17, 2021
Susah jugak jadi rakyat Korea Utara sebenarnya

Kredit foto: South China Morning Post
Rakyat Korea Utara dilarang sama sekali untuk bercakap apa-apa saja berkenaan penurunan berat badan pemimpin negara mereka, Kim Jong Un. Pihak kerajaan menegaskan Jong Un hanya makan sedikit ‘demi negara’ kerana negara tersebut megalami krisis kekurangan makanan yang teruk.
Spekulasi mengenai berat badan Jong Un telah mula tular di media sosial apabila sebuah foto menunjukkan beliau kelihatan semakin kurus dan didakwa berjaya menurunkan berat badan sehingga 44 kilogram (kg) pada awal tahun ini. Jong Un dilaporkan berada dalam keadaan sihat walaupun semakin susut.
Menurut dari sumber, unit pengawasan kejiranan membuat kenyataan rasmi yang mengingatkan orang ramai bahawa perbincangan mengenai kesihatan Jong Un adalah dilarang. Segelintir penduduk memberitahu RFA, mereka gembira melihat perubahan pemimpin itu kerana keadaan berat badannya sebelum ini kelihatan amat berbahaya bagi kesihatannya sendiri
Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia