• Syaziyah Md Sharif

Rakyat Bersatu Hati Membantu Mereka Yang Terkesan Dengan Banjir

Kebanyakan hanya berkomunikasi dan meminta pertolongan menggunakan media sosial

Bencana banjir yang kini berlaku di Semenanjung Malaysia terutamanya di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur merupakan antara yang terburuk pernah dialami.


Dalam laman media sosial Twitter, terdapat ramai netizen Malaysia yang menggunakan beberapa tanda pagar (hashtag) yang memudahkan proses bantuan serta ia juga digunakan oleh mereka yang ingin meminta pertolongan.

Twitter

Rata-rata rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati dalam membantu antara satu sama lain dengan berkongsikan kisah mangsa menerusi ciapan agar bantuan dapat dihulurkan dengan segera.


Mereka turut berkongsi gambar dan video yang memaparkan keadaan kawasan-kawasan sekitar yang telah ditenggelami air banjir dan sentiasa memberikan perkembangan terkini melalui media sosial tersebut.


Ada juga yang memberikan bantuan jentera seperti bot dan kenderaan pacuan empat roda (4X4) untuk membantu satu sama lain.


Tahniah rakyat Malaysia!




3 views0 comments