• Jonathan Shiek

Raja Ilya Tolak Tawaran Berlakon Aksi Bogel

Pelakon, Raja Ilya terpaksa menolak tawaran berlakon untuk siri Netflix kerana watak itu memerlukan dia berbogel.

Ilya yang kini menetap di Perth, Australia menerusi video yang dikongsinya berkata, dia ada pendiriannya sendiri untuk tidak menerima tawaran lakonan yang tidak sesuai dengan kehendaknya.

“Tawaran yang saya terima itu bayarannya bagus dan diterbitkan syarikat produksi yang besar. Namun, saya tak nak buat,” katanya yang turut tidak mendedahkan judul siri yang akan ditayangkan di saluran Netflix itu.

Menurut Ilya, itu adalah kehendaknya sebagai individu dan sentiasa menghormati pendapat orang lain yang mungkin menganggap lakonan babak sebegitu sebagai karya seni.

“Sesetengah orang akan menerima babak sebegitu sebagai karya seni. Itu bergantung kepada individu sendiri. Namun, saya tak selesa untuk melakonkan babak yang memerlukan saya berbogel atau berkaitan dengan aksi seksual. Jadi, saya tolak,” katanya yang menerima tawaran itu kira-kira dua tahun lalu.

Teguh pendirian Raja Ilya!

Sumber: Harian Metro 

#netflix #rajailya

1 view0 comments