• Jonathan Shiek

Quan Hongchan Yang Masih Berusia 14 Tahun Meraih Emas Demi Tanggung Kos Rawatan Ibu

Kalau korang pernah menonton acara sukan terjun platform 10 meter wanita pada hari kelmarin, semestinya korang ada perasan dengan atlet cilik ini ? Quan Hongchan merupakan atlet paling muda di Olimpik Tokyo 2020. Quan adalah satu-satunya yang tidak mempunyai sebarang gelaran dunia, malah tiada siapa yang mengenali dirinya lagi.

Pada usia muda ini, dia hadir ke Olimpik untuk bertanding bagi mencari dana lebih merawat ibunya yang sakit. Tapi siapa yang boleh menyangka pada hari kelmarin Quan berjaya mencipta sejarah baharu dan dinobatkan sebagai pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020.

FUHH !! QUAN HONGCHAN PERFECT 10 !! #Olympics pic.twitter.com/2PDJqbXKlX — ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 5, 2021

Quan dilahirkan pada 2007 di sebuah desa di Zhanjiang, Guangdong. Quan merupakan daripada keluarga yang susah dan dia sedar akan pentingnya untuk cari cara menyara keluarganya daripada kemiskinan. Pada tahun 2014, dia mula mencuburi dengan dunia sukan terjun pada usia 7 tahun. 

Kalau diikutkan permulaannya dikatakan agak lambat, tetapi dia tidak pernah berhenti untuk berlatih untuk menjadi yang terbaik. Pada tahun 2018, Quan berjaya memasuki Pasukan Provinsi Guandong. Oktober 2020 adalah tahun membuka rezekinya, Quan berjaya layak ke pentas akhir untuk acara 10 meter platform di Stesen Shijiazhuang bagi kelayakan Olimpik Tokyo 2020.

Di pertandingan terbabit, Quan berjaya menewaskan nama-nama besar dan memenangi kejuaran dengan mendahului 28 mata di hadapan naib juara. Quan akhirnya berjaya membuktikan dalam acara akhir sukan 10 meter platform di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan menyempurnakan terjunan dengan perfect 10 di dua pusingan.

Sensational from #CHN's Quan Hongchan! The 14-year-old receives two perfect 10 scores as she wins gold in the women's 10m platform #Diving.@fina1908 pic.twitter.com/1Y0badJv60 — Olympics (@Olympics) August 5, 2021

Ketika ditemuramah oleh wartawan The Washington Post selepas berjaya membawa pulang emas, Quan mendedikasikan kemenangan tersebut buat ibunya yang kini sedang sakit. “Saya ingin membawa pulang wang cukup untuk membantunya,” kata Quan melalui jurubahasa. “Saya ikut arahan jurulatih dengan teliti”.

Buat pengatahuan korang, China berjaya memenangi setiap acara menyelam wanita di Olimpik buat kali keempat berturut-turut. Bagi Quan pula merupakan pemenang pingat emas kedua termuda buat negara China dalam temasya Olimpik setelah Fu Mingxia memenanginya pada tahun 1992 pada usia 13 tahun.

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments