• shafika9

Puteri Sukarno Tukar Agama Dari Islam Ke Hindu

Pada usianya yang ke-70 tahun telah menjalani upacara menukar agama

Kredit foto: VOCKET


Anak perempuan bekas Presiden pertama Indonesia, Sukarno secara rasmi telah keluar dari agama Islam dan memeluk agama Hindu pada usianya 70 tahun dengan memiliki gelaran sebagai Ratu Niang Sukmawati. Sukmawati Soekarnoputri menjalani upacara Sudhi Widhani dan secara rasminya memeluk agama Hindu di Sukarno Center Heritage di Bale Agung Singaraja. Gelaran itu dipilih selepas Sukmawati dikatakan ‘jelmaan’ Ratu Majapahit Tribhuwana Tunggadewi.


Menurut dari Sukmawati bahawa dia mencintai agama Hindu sejak masih kecil lagi sambil menegaskan bahawa perubahan ini adalah perjalanan untuk dia menjadi seorang manusia yang lebih baik dari sebelum ini.

Dia didik sebagai seorang muslimah sejak lahir lagi dan membesar dengan ajaran Islam, menyatakan bahawa keputusan untuk menukar agama di saat sudah lanjut usia kerana untuk menghormati keluarganya. Dia tidak mahu melukakan hati ibu bapanya kerana bertukar agama semasa mereka masih hidup.


Malah, dia turut menghormati arwah suaminya Muhammad Hilmy Syarief beragama Islam Sukmawati sering kali membincangkan Islam dan hindu dengan suaminya, yang meninggal dunia pada Oktober 2018. “Saya menghormati dan toleransi kepada suami dan Islam, beliau berusaha memberi pengetahuan Islam kepada Ibu dan Ibu selalu jujur, bagaimana ibu katakan, bukannya nak jadi suci tapi mahu jadi orang yang baik,” katanya lagi seperti yang dilaporkan oleh CNN Indonesia.


Sukmawati berkata lagi, sejak orang tersayang dan terdekat telah meninggal dunia. Maka dia menganggap wajar untuknya mencapai niatnya bagi menganut agama Hindu.


Sumber artikel asal dari VOCKET



24 views0 comments