• Jonathan Shiek

Putera Harry Dan Meghan Markle Umum Kelahiran Anak Kedua

Pasangan Duke dan Duchess of Sussex menyambut kelahiran anak kedua mereka iaitu seorang bayi perempuan bernama Lilibet ‘Lili’ Diana Mountbatten-Windsor.

Putera Harry dan isteri, Meghan mengumumkan bahawa bayi tersebut dilahirkan pada Jumaat lalu di California.

Lili dinamakan sempena nama moyangnya, Ratu Elizabeth II dan neneknya, mendiang Puteri Diana. Nama panggilan manja Ratu Elizabeth II dalam kalangan kerabat diraja Britain ialah Lilibet.

Lili ialah cicit Ratu Elizabeth II pertama dilahirkan di luar Britain.

Congratulations to The Duke and Duchess of Sussex on the birth of Lilibet Diana! The Queen, The Prince of Wales and The Duchess of Cornwall and The Duke and Duchess of Cambridge are delighted with the news. Lilibet is Her Majesty’s 11th great-grandchild. pic.twitter.com/dGVeRpd3pK — The Royal Family (@RoyalFamily) June 6, 2021

“Putera Harry dan Meghan iaitu Duke dan Duchess of Sussex menyambut kelahiran anak perempuan mereka Lilibet “Lili” Diana Mountbatten-Windsor ke dunia ini.

“Lili dilahirkan pada pukul 11. 40 pagi (waktu tempatan), 4 Jun (Jumaat) di Hospital Kotej Santa Barbara di Santa Barbara, California.

“Lili dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat dan baik dan sedang berehat di rumah,” kata pasangan suami isteri tersebut dalam satu kenyataan.

Lili ialah anak kedua pasangan diraja itu yang turut mempunyai seorang anak lelaki berumur dua tahun bernama Archie Harrison Mountbatten-Windsor.

Tahniah!

0 views0 comments