• Jonathan Shiek

Puter Harry Dan Meghan Markle Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Putera Harry dan Meghan Markle bakal menimang anak kedua, menurut salah seorang jurucakap pasangan Diraja Britain itu pada Ahad.

Putera Harry, 36, dan Meghan, 39, sebelum ini menarik diri daripada tugas-tugas diraja dan mahu hidup berdikari.

Menerusi laman Instagram Meghan, pasangan Diraja Britain itu juga menyatakan tepat pada tarikh yang 37 tahun lepas, Puteri Diana mengumukan beliau mengandungkan Putera Harry!


View this post on Instagram

A post shared by Meghan Markle | Sussex Fam (@hrhofsussex)


Pasangan itu sebelum ini dikurniakan seorang anak lelaki, Archie Harrison Mountbatten-Windsor, yang dilahirkan pada 2019.

Meghan pernah mengalami keguguran pada Julai tahun lalu.

Menurut jurucakap pasangan itu lagi, kedua-dua mereka sudah tidak sabar menunggu kehadiran adik Archie tahun ini.

Sejak meninggalkan tugas-tugas Diraja Britain, Harry dan Meghan banyak menghabiskan masa dengan kerja-kerja amal dan kebajikan.

Sumber: Astro AWANI

#meghanmarkle #puteraharry

0 views0 comments