• Jonathan Shiek

Pusat Beli Belah eCurve Bakal Tutup Sepenuhnya Pada 31 Mac Ini

Baru-baru ini, kita dikejutkan bahawa pusat beli belah yang dah lama bertapak di Damansara, eCurve Mutiara Damansara bakal ditutup pada 31 Mac ini? Persoalannya, adakah memang benar akan ditutup sepenuhnya?

Heboh di media sosial, netizen mula meluahkan rasa sedih dengan ketiadaan eCurve Mutiara Damansara di masa akan datang. Berita ini mula dilaporkan oleh Malaysia Shopping Mall di laman Facebook pada semalam lagi. 

Sumber: Malaysia Shopping Mall

Sememangnya ia menjadi perhatian buat netizen kerana mengimbau banyak kenangan mereka di pusat beli belah berkenaan. Malaysia Shopping Mall juga melaporkan bahawa pusat membeli belah itu akan ditutup sepenuhnya bermula 31 Mac nanti.

Ramai peniaga yang terjejas teruk juga sepanjang PKP ini, atas sebab tak mampu untuk membayar semula sewa premis. Kata seorang peniaga, “kami tak mampu untuk membayar sewa kerana perniagaan memang terjejas teruk, terutamanya panggung wayang dan pusat boling” ujarnya. Menurut Chong, dia terpaksa membayar RM 4,000 setiap bulan dengan kontrak 3 tahun dan kini bulan Mac ini adalah bulan terakhir untuk membayar sewa premis.

Sambungnya lagi, “kami agak terkejut pada mulanya, bahawa pusat membeli belah ini akan tutup dan adakah berita ini benar? Sememangnya sedih kerana kami sudah berada di sini hampir 7 tahun,” katanya.

Terlalu banyak kenangan buat penduduk di kawasan Lembah Klang yang pernah ke eCurve Mutiara Damansara. Apakah kenangan yang korang tak boleh lupakan semasa pergi pusat membeli belah ini? Sila share kan di ruangan komen dibawah ini.

Sumber artikel asal MalayMail

0 views0 comments