• shafika9

Punca Remaja Bunuh Diri Kerana Terpengaruh Dengan Drama Korea - Senator Mohd Apandi

Bagaimana pendapat korang dengan kenyataan tersebut? benar atau tidak ?

Kredit foto: Malaysia Kini


Kalau di negara Malaysia, bercerita sahaja mengenai Korea Selatan, sememangnya ramai golongan anak muda pada masa kini yang minat dengan dunia K-Pop, K-Drama dan pelbagai lagi jenis-jenis hiburan yang disediakan dari negara Korea ini. Kini, drama popular iaitu ‘Squid Game’ ia memang satu fenomena sehingga hari ini, malah ramai yang turut bermain permainan seperti dalam drama tersebut.


Terdapat dalam sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara semalam, Senator Mohd Apandi Mohamad telah membangkitkan isu dimana pengaruh drama Korea menjadi faktor kecenderungan bunuh diri dikalangan remaja semakin meningkat.

Pendapat Senator Mohd Apandi Mohamad disokong oleh Senator Fadhlina Sidek dimana ada drama Korea yang banyak mengandungi elemen bunuh diri serta mengatakan sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan golongan bawah umur untuk membunuh diri.


Kenyataan dari beliau, terus mendapat perhatian dari netizen dan rata-rata ramai memberikan pelbagai reaksi yang berbeza berhubung isu terbabit. Malah, ada netizen tidak bersetuju dengan pendapat tersbeut dan mengatakan lebih banyak drama Korea yang memberi inspirasi.





Netizen juga mengatakan bukan hanya melihat drama Korea saja boleh mempengaruhi, tetapi kesihatan mental tidak diambil peduli oleh sesetengah masyarakat. Malah, ada juga yang turut memandang enteng terhadap sesetengah golongan individu yang mempunyai masalah seperti murung dan mengalami masalah mental. Ada netizen berkata, kenyataan perlulah disokong dengan fakta dan statistik juga untuk dibahas dalam parlimen bukan hanya fakta kosong.


Sumber artikel asal dari VOCKET

8 views0 comments