• Syaziyah Md Sharif

Punca Girlfriend Korang Mood Swing

Updated: Sep 20, 2021

To all the guys out there, hear me out! Kepada sesiapa yang selalu tertanya-tanya kenapa girlfriend or wife korang selalu mood swing, ha ni sebab dia.  Lelaki jangan terkejut dan melenting tak tentu pasal kalau girlfriend atau isteri korang mengalami perubahan emosi yang mendadak daripada periang kepada seorang yang tidak sabar secara tiba-tiba.

Majoriti lelaki hanya memandang wanita sebagai objek seks atau manusia yang diperlukan bagi memenuhi keperluan seksual mereka. Tak ramai lelaki yang nak menyelami emosi wanita sebagai manusia dan ini menyebabkan banyak salah faham dalam perhubungan dan rumahtangga sehingga menyebabkan perceraian atau pembunuhan. Yes! Pembunuhan.

Hakikatnya bukan senang menjadi seorang wanita namun, inilah yang harus kitaorang lalui dalam meniti setiap fasa kehidupan. Bermula dari peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah mencecah ke usia emas, terlalu banyak perubahan fisiologi dan biologi yang harus dilalui oleh seseorang wanita.

Kalau kurang persediaan dan pengetahuan mengenai setiap fasa perubahan ini, banyak masalah boleh timbul tau! 

Perubahan ini biasanya tak disedari oleh ramai wanita tetapi ia lebih banyak dikesan oleh mereka yang hampir dengan dorang terutama pasangan mereka dan ini kerana emosi dan perasaan seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh hormon yang terdapat dalam tubuhnya. 

Kurangnya pemahaman berhubung perubahan emosi wanita boleh menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada penceraian. Emosi wanita banyak dipengaruhi oleh hormon-hormon tubuh mereka. Selain itu pusingan haid, kehamilan, keadaan selepas bersalin, ketidaksuburan dan menopaus boleh mengakibatkan perubahan mood yang mendadak. Oleh itu, para suami dan lelaki-lelaki diluar sana harus sentiasa faham kenapa wanita disekeliling anda sedang mengalami perubahan fasa yang mempengaruhi emosi dan tingkah laku mereka. Guys be alert and pay more attention!

#merajuk #murung

0 views0 comments