• Jonathan Shiek

Puluhan Disahkan Maut Dalam Tragedi Kereta Api Di Taiwan, Kini Pemilik Tampil Mohon Maaf

Kejadian yang berlaku di Taiwan, sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh manakala 70 orang masih terperangkap dalam gerabak yang remuk. Insiden berkenaan berlaku akibat kereta api berkenaan tergelincir dari landasan di utara Hualien, Taiwan pada Jumaat lalu.

Kereta api ekspres berkenaan bertolak dari Taipei ke Taitung dengan membawa ramai pelancong, sempena cuti hujung minggu yang panjang. Pelanggaran itu membuatkan gerabak-gerabak mula tergelincir dari landasan di sebuah terowong.

Kemalangan tersebut berpunca daripada pelanggaran dengan sebuah lori yang tergelongsor ke rentangan landasan akibat tak diletakkan dengan betul di sebuah tapak pembinaan. Kemalangan tersebut menjadikan tragedi paling dahsyat dalam tempoh empat dekad yang mencederakan lebih 40 penumpang lain.

Lebih daripada 350 penumpang yang menaiki kereta apai berkenaan, 40 mangsa telah dibawa ke hospital dan puluhan lain menerima rawatan awal di lokasi kejadian. Antara 80 hingga 100 mangsa telah berjaya dikeluarkan dari empat gerabak pertama. Manakala pada gerabak kelima hingga kelapan mengalami kesan remuk yang teruk menyukarkan operasi mengaksesnya.

Permohonan Maaf

Pemilik trak pembinaan yang menyebabkan 48 orang maut, telah tampil mohon maaf sambil menangis ketika ditahan polis di rumahnya. Siasatan juga sedang dijalankan mengenai bagaimana sebenarnya kenderaan tersebut tergelincir ke landasan daripada sebuah tapak pembinaan berhampiran di daerah Hualien timur.

Pendakwaraya di daerah Hualien sebelum ini memaklumkan mereka akan meminta waran tangkap bagi menahan pemilik trak itu. Mahkamah daerah Hualien pada awalnya mengizinkan Lee untuk diikat jamin 500,00 dolar Taiwan tetapi keputusan itu dibatalkan Mahkamah Tinggi, menurut sebuah lapor Pusat Berita Pusat Taiwan.

Sumber artikel asal dari Astro Awani

0 views0 comments