• shafika9

Pulau Spongebob Sebenarnya Wujud Di Dunia Realiti

Merupakan satu tarikan baharu bagi sektor pelancongan

Kredit foto: Encyclopedia


Tahukah korang pulau dalam siri animasi terkenal dari Amerika Syarikat iaitu ‘Spongebob Squarepants’ sebenarnya wujud di dunia nyata? Macam tak percaya saja apabila dengar pulau ini wujud dalam dunia realiti kita. Pulau ini terletak di Daerah Simeulue, Aceh, Indonesia dan menurut dari pemerintah daerah tersebut ingin menjadikan sebagai destinasi pelancongan utama di daerah kepulauan yang berada di lautan Hindi tersebut.


Ketua Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Simeulue, Asmanuddin berkata, pulau itu akan dimasukkan ke dalam pelan induk pengembangan pelancongan di Simeulue. Pulau itu terletak di Desa Bunon, Teupah Barat, Simeulue. “Sekarang pulau itu menjadi destinasi kegemaran buat pelancongan yang mengunjungi daerah Simeulue,” jelas Asmanuddin.


Selain itu, Ketua Desa Bunon, Alinur berkata, ‘Pulau Spongebob’ diketahui orang ramai dengan nama Anudaiyan Balong atau tempat istirahat bangau. Menurutnya lagi, pulau itu mirip pulau animasi dalam siri ‘Spongebob Squarepants’.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


0 views0 comments