• Jonathan Shiek

Pulau Poveglia, Pulau Terbiar Yang Menyimpan 1001 Misteri

Pulau Poveglia di Itali dianggap pulau paling menyeramkan di dunia kerana sejarah silamnya.

Terletak hanya lima kilometer dari kota fesyen Venice, pulau itu bukan menjadi pilihan pelancong tempatan mahupun luar negara.

Seramai 160,000 orang berasal dari Venice didakwa dikebumikan di pulau berkenaan dengan cara kejam.

Penduduk, Kristine Hermin memaklumkan masyarakat tempatan juga enggan kewujudan pulau itu diketahui pelancong asing.

“Penduduk Venice tidak mahu Pulau Poveglia diketahui pelancong kerana mahu menghormati mereka yang bersemadi di situ,” katanya.

Menurut sejarah, mereka yang diasingkan di pulau berkenaan dikatakan dijangkiti wabak lasa 1793 dan mereka yang dijangkiti akan diasingkan di pulau berkenaan supaya tidak menjangkiti penduduk lain.

“Doktor juga memakai perlindungan muka seperti paruh burung kerana tidak dapat menahan bau mayat,” kata penduduk tempatan.

Apabila wabak sudah reda, pulau itu diubah menjadi tempat penyimpanan senjata ketika era pemerintahan Napoleon Bonaparte dan kemudiannya pulau berkenaan menjadi tumpuan beberapa pelabur untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan dan hotel.

Malah, ada juga pelabur yang bercadang untuk membina rumah perlindungan, tetapi semua perancangan itu masih tidak direalisasikan.

Kini, kerajaan Itali membuat keputusan untuk menutup pulau itu kepada masyarakat umum tetapi masih ada pemburu paranormal yang dapat menerokainya.

Sumber: Harian Metro, HubPages 

1 view0 comments