• Syaziyah Md Sharif

Pulau Pinang Termasuk Dalam Senarai Destinasi Pelancongan Terbaik Oleh CNN

Agensi berita antarabangsa itu turut menyenaraikan lebih 22 destinasi lain seantero dunia


Nama Pulau Pinang sekali lagi menjadi terkemuka apabila negeri tersebut disenaraikan sebagai salah satu daripada 22 destinasi terbaik untuk dikunjungi pada 2022 menerusi artikel yang diterbitkan oleh CNN Travel.


Dalam artikel itu, Pulau Pinang disenaraikan bersama destinasi pelancongan popular lain seperti Chile, Colombo, Dijon di Perancis, Greenland, Taman Negara Gabon, Jordan, Lahti di Finland dan lain-lain sebagai antara destinasi terbaik untuk dilawati tahun ini.


Artikel CNN Travel itu juga menyatakan Pulau Pinang yang terletak di utara Malaysia itu menawarkan gabungan masakan tradisional Melayu, Cina dan India.


“Di Pulau Pinang juga terdapat Baba Nyonya (Peranakan) yang mana masakan mereka menggabungkan ramuan serantau dan kaedah masakan masyarakat Cina dan Melayu.


“Semuanya boleh didapati di pusat penjaja dan rumah kedai di seluruh negeri, malah di Georgetown ia dipenuhi dengan bangunan bersejarah seperti rumah agam Inggeris sehinggalah ke rumah kedai kaum Cina yang klasik dan masjid untuk masyarakat Islam,” kata artikel itu.


Wah!



Sumber: CNN Travel

10 views0 comments