• shafika9

Pulau Pangkor Bakal Membuka Ruang Untuk Menerima Pelancong Tempatan Pada 1 November Ini

Wah! jom kita semua bercuti di Pulau Pangkor


Kredit foto: Berita Harian


Secara umum kita sudah mengetahui pembukaan Pulau Langkawi kepada pelancong tempatan pada 16 September ini. Bukan setakat itu saja, hotel-hotel di Langkawi turut hampir penuh ditempah yang dah tidak sabar untuk melancong.


Menurut dari satu laporan, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi mengatakan bahawa Pulau Pangkor akan menjadi destinasi seterusnya yang dijangka bakal dibuka kepada pelancong yang telah menerima vaksin lengkap pada 1 November 2021.


Keputusan akhir masih tertakluk kepada kelulusan Majlis Keselamatan Negara. Penduduk di Pulau Pangkor belum lagi memenuhi syarat peratusan vaksinasi yang diperlukan pada ketika ini. Bagi pengetahuaan korang, Pulau Pangkor mempunyai populasi seramai 11,500 orang dan hanya 8,026 orang yang telah menerima vaksin lengkap. Manakala, baki yang lain masih tidak menerima vaksin secara lengkap.


Sumber artikel asal dari VOCKET


4 views0 comments