• Syaziyah Md Sharif

Pulau Batu Layar Dahulunya Indah, Kini Dipenuhi Sampah

Pulau yang agak terpencil di Johor itu sebelum ini menjadi tempat riadah dan berkelah

Kredit Foto: Tourism Johor Facebook

Selepas kebenaran melakukan aktiviti luar diumumkan oleh kerajaan, terdapat peningkatan bilangan pengunjung di kebanyakan kawasan rekereasi termasuklah kawasan pantai.


Apa yang menyedihkan adalah, kehadiran pengunjung sehingga tiga kali ganda di Pantai Batu Layar, Johor sejak kebelakangan ini menyaksikan berlakunya pertambahan jumlah sampah yang memenuhi hampir sekitar kawasan pelancongan terbabit.


Pegawai Daerah Kota Tinggi, Hazlina Jalil berkata, pantai sepanjang 1.85 kilometer itu me­rupakan salah satu pantai popular dan destinasi pelancongan di daerah ini dan diselenggara oleh pihak Majlis Perbandaran Pengerang (MPP), Jabatan Peng­airan Saliran (JPS) selain ada kawasan yang mempunyai hak ­milik persendirian.


Menurutnya, Pantai Batu Layar menjadi tumpuan pengunjung terutama pada cuti hujung ming­gu dan hari kelepasan am terutama sejak peralihan negeri berkenaan ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan kebenaran rentas negeri.


“Kehadiran pengunjung yang terlalu ramai menyebabkan berlakunya peningkatan jumlah sampah di sekitar kawasan Pantai Batu Layar dan tong-tong sampah yang sedia ada juga tidak mencukupi.


“Lebih menyedihkan apabila ada pengunjung yang membuang sampah merata-rata sehingga menjejaskan keindahan pantai ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


Bagaimanapun kata beliau, beberapa langkah telah dan akan diambil bagi mengatasi masalah tersebut termasuk menambah bilangan tong-tong sampah di beberapa kawasan strategik.


Bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti beriadah mahupun berkelah sentiasa menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar ok?




Sumber: Kosmo!





11 views0 comments