• Syaziyah Md Sharif

Pulau Bali Kini Dibuka Kepada Pelancong Antarabangsa

Yang dah cukup dos vaksin tu boleh lah plan ke Bali


Pulau peranginan Bali akan dibuka untuk kunjungan pelancong antarabangsa, bermula hari ini.


Pengerusi Persatuan Hotel dan Restoran Indonesia, Hariyadi Sukamdani berkata, sebanyak 8,000 bilik di 35 hotel bertaraf tiga bintang sehingga lima bintang tersedia untuk penginapan dan kuarantin.


Beliau berkata, pihaknya sudah melakukan persediaan dengan penuh berhati-hati, sepanjang tempoh 19 bulan sebelum ini.


"Kami sudah bersedia untuk menerima kunjungan pelancong antarabangsa," katanya.


Hariyadi menjangkakan, pada peringkat awal, sebanyak 2,000 bilik dijangka digunakan, tetapi jumlah itu diramal meningkat apabila lebih ramai pengunjung melawat pulau itu dan disebakakn itu sektor pelancongan di Bali semakin pulih dengan kedatangan pelancong domestik ke pulau itu dengan kadar penginapan meningkat sehingga 35 peratus.


Perkembangan terbaharu ini diumumkan ketika Indonesia merekodkan penurunan mendadak kes harian Covid-19.


Selain itu, pihak berkuasa sudah mengumumkan kelonggaran sekatan pergerakan, pembukaan kompleks beli-belah, pawagam dan restoran dan kerajaan Indonesia juga memperhebat program vaksinasi Covid-19.


Timbalan Gabenor Bali, Tjokorda Oka Sukawati berkata, ribuan tarikan pelancongan di pulau itu akan beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.


Dalam pada itu, Menteri Penyelaras Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan berkata, pelancong asing yang dibenarkan ke Bali adalah dari negara berisiko rendah.



Sumber: Harian Metro

13 views0 comments