• Jonathan Shiek

Pukul Pengawal Peribadi, Kini Empat Individu Ditahan Polis

Kejadian yang berlaku di Klang apabila pihak polis telah menahan empat individu atas susulan kes dua pengawal peribadi dipukul dengan sebatang rotan dan diacukan pistol oleh majikan mereka yang didakwa tak suka kedua-duanya menunaikan puasa dalam kejadian pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata kesemua suspek ditahan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan. Kini semua suspek akan direman di mahkamah Klang pada Khamis semalam. Walau bagaimanapun, kes ini tiada penglibatan sebarang isu perkauman.

Sumber artikel asal Sinar Harian

0 views0 comments