• Jonathan Shiek

‘PUBG’ Dan ‘Fortnite’ Diharamkan Di Universiti Al-Azhar, Mesir

Baru-baru ini, Universiti Al-Azhar di Mesir telah mengeluarkan peringatan bahawa permainan video ‘Fornite’ dan ‘PUBG’ tak boleh dimainkan lagi. Ini kerana permainan video tersebut mengajak para pemain untuk menghancurkan kiblat umat Islam iaitu Kaabah bagi membolehkan mereka maju ke peringkat berikutnya.

Peringatan ini telah pun dikeluarkan oleh Pusat Universiti Antarabangsa untuk Fatwa Elektronik, lembaga berdasarkan keputusan oleh para ahli hukum Islam. Tanpa disedari oleh para pemain ia digunakan untuk menghasut kepada kebencian dan mampu menyakiti orang yang memainkan permainan tersebut serta merugikan diri mereka sendiri.

Isu besar permainan video ini menyebabkan ia mendorong golongan anak muda untuk menghancurkan Kaabah kiblat suci umat Islam bagi memenangi sejumlah senjata dan maju ke peringkat seterusnya.   

Ia sangat jelas bahawa permainan video ini akan meruntuhkan para umat Islam dan boleh menghancurkan keyakinan anak muda. Malah, ia turut meremehkan tempat yang dianggap suci oleh seluruh umat Islam, kata pihak Universiti. Secara terang terangan ia membawa kepada satu masalah atau menunjukkan penghinaan terhadap agama.

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments