• Jonathan Shiek

Projek HSR Disahkan Batal, Malaysia Terpaksa Bayar Pampasan Pada Singapura

Baru-baru ini, pihak Kementerian Singapura telah mengesahkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala – Singapura (HSR) akhirnya dibatalkan. Kenyataan tersebut, telah dimaklumkan sendiri pada pihak Malaysia dan perlu membayar pampasan kepada Singapura atas pembiayaan yang ditanggungnya sebahagian daripada kewajiban berdasarkan perjanjian dua hala.

Menurut dari sumber rapat Putrajaya, bahawa pampasan yang perlu dibayar semula kepada Singapura sekitar RM 320 juta. Disebabkan pandemik sedang melanda teruk dan kegagalan kedua-dua buah negara mencapai kata persetujuan diantara rundingan telah mengambil masa yang terlalu lama.

Sumber: Focus Malaysia

Projek yang menelan kos sekitar RM 75 bilion sehingga RM 105 bilion ini, telah pun terbatal secara sendirinya selepas kedua-duan negara gagal mencapai kata persetujuan. Perkara ini telah disahkan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bersama Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi pengumuman yang dibuat.

Menerusi kenyataan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia, pihak Malaysia mahu perubahan dibuat pada projek HSR bagi usaha untuk mengurangkan kos perbelanjaan negara bagi mengharungi pandemik COVID-19 

Sumber artikel asal FMT

#HSR #Projekkeretapi

0 views0 comments