• Jonathan Shiek

Program Popular Di Jepun, Hanya Melihat Wanita Berlari Di Jalan Curam

Jepun tak pernah kalau tak melakukan perkara diluar jangkaan bukan? terdapat sebuah rancangan TV realiti  dan telah bertahan selama 15 tahun ini, masih lagi bertahan sehingga kini. Ini kerana konsep pembawakan dalam rancangan tersebut yang agak unik dan berbeza dari kebanyakkan program realiti TV  yang lain.

Rancangan ini bernama ‘Zenryokuzaka’ cumalah rancangan TV yang berkonsepkan sederhana. Ia  disiarkan di stesen televisyen pada jam 1.20 pagi dari Isnin hingga Khamis sahaja.  Tapi apa yang membuatkan rancangan TV ini boleh bertahan sehingga kini dan menarik perhatian penonton untuk kekal menonton sehingga ke hari ini ?

Konsep rancangan ini sangatlah mudah dan unik, ia cuma menampilkan seorang wanita dalam setiap episod dan wanita berkenaan perlu berlari di jalan yang curam. Setiap episod yang disiarkan tak lebih daripada enam minit termasuk babak pembukaan dan penutup. Hanya wanita berlari sahaja, boleh menjadi tumpuan yang sangat dahsyat di negara Jepun.

Kebiasaannya, setiap episod menampilkan wanita yang berbeza dan semestinya adalah muda, personaliti media sosial atau seorang penghibur. Penggambaran lokasi sentiasa berbeza di Tokyo atau daerah sekitarnya. 




Dalam video berkenaan juga memaparkan suara latar lelaki ketika wanita berkenaan berlari di jalan berkenaan. Suara latar lelaki ini hanyalah memberikan sajak di dalam bahasa Jepun sahaja semasa wanita tersebut sedang berlari. Menurut dari penerbit rancangan ini, ia masih mengekalkan wanita muda sebagai fokus utama, namun masih tak diketahui apakah motif disebalik rancangan tersebut ?. Ia menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan peminat setia rancangan itu di Jepun.

Sumber artikel asal dari Harian Metro

0 views0 comments